20 June, 2011

Syabas SK Sacred Heart!!!!

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Sacred Heart dengan kerjasama BTPNM di atas usaha sama menjayakan program outreach pembestarian sekolah yang telah berlangsung pada 20 Jun 2011..Syabas SK SACRED HEART!!!!!!

19 June, 2011

Selamat Datang...

Warga SK Sacred Heart dengan sukacitanya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Gan Tian Loo dan tetamu-tetamu VIP kehormat kerana sudi meluangkan masa menghadiri dan merasmikan program outreach pembestarian sekolah ini.

17 June, 2011

Selamat kembali ke sekolah !!!

Selamat kembali seluruh warga SK Sacred Heart ke sekolah selepas bercuti selama 2 minggu. Semoga Warga SK Sacred Heart kembali ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru...

11 June, 2011

Bengkel Pembinaan Kotak Simpanan Buku & Baik Pulih Buku Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber Sk Sacred Heart telah menjadi pengelola untuk menjalankan bengkel tersebut di PKG SK Dato' Naning untuk sekitar sekolah-sekolah rendah kawasan Alor Gajah. Sebanyak 22 buah sekolah dari kawasan tersebut telah menghadiri bengkel itu. Pihak pengelola telah menjemput Tuan Haji Khalib untuk menunjukkan bagaimana cara untuk membuat kotak simpanan buku dan baik pulih buku pusat sumber sekolah. Bengkel tersebut telah dijalankan bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang..

Tuan Haji Khalib telah memberikan taklimat mengenai kotak simpanan buku






















































































































































Para peserta sedang mendengar taklimat mengenai kotak simpanan buku