13 August, 2011

Happy Birthday!!!

Seluruh warga SK Sacred Heart ingin mengucapkan Happy Birthday to Aliff Danial & Aida Liyana...Semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t...Amin.

Tahniah Pn. Aziatul Azlina & keluarga!!!

Seluruh warga SK Sacred Heart ingin mengucapkan syukur dan tahniah di atas kelahiran anak kembar beliau yang telah selamat dilahirkan pada hari jumaat 12 Ogos 2011... Semoga Ramadhan & Syawal pada tahun ini akan memberikan seribu keceriaan buat beliau sekeluarga...amin...

Ramadhan Kareem..

Kepada seluruh warga SK Sacred Heart yang beragama Islam...

Selamat Berpuasa dan semoga Ramadhan pada tahun ini akan beroleh seribu keberkatan kepada kita semua...Barakallahu fikum...

20 June, 2011

Syabas SK Sacred Heart!!!!

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Sacred Heart dengan kerjasama BTPNM di atas usaha sama menjayakan program outreach pembestarian sekolah yang telah berlangsung pada 20 Jun 2011..Syabas SK SACRED HEART!!!!!!

19 June, 2011

Selamat Datang...

Warga SK Sacred Heart dengan sukacitanya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Gan Tian Loo dan tetamu-tetamu VIP kehormat kerana sudi meluangkan masa menghadiri dan merasmikan program outreach pembestarian sekolah ini.

17 June, 2011

Selamat kembali ke sekolah !!!

Selamat kembali seluruh warga SK Sacred Heart ke sekolah selepas bercuti selama 2 minggu. Semoga Warga SK Sacred Heart kembali ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru...

11 June, 2011

Bengkel Pembinaan Kotak Simpanan Buku & Baik Pulih Buku Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber Sk Sacred Heart telah menjadi pengelola untuk menjalankan bengkel tersebut di PKG SK Dato' Naning untuk sekitar sekolah-sekolah rendah kawasan Alor Gajah. Sebanyak 22 buah sekolah dari kawasan tersebut telah menghadiri bengkel itu. Pihak pengelola telah menjemput Tuan Haji Khalib untuk menunjukkan bagaimana cara untuk membuat kotak simpanan buku dan baik pulih buku pusat sumber sekolah. Bengkel tersebut telah dijalankan bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang..

Tuan Haji Khalib telah memberikan taklimat mengenai kotak simpanan buku






















































































































































Para peserta sedang mendengar taklimat mengenai kotak simpanan buku






04 May, 2011

Terima kasih kerana mengunjungi laman web Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sacred Heart, Melaka. Laman web ini masih lagi dalam proses pembinaan. Pihak kami mengharapkan laman web ini dapat memberi anda informasi, berita dan pelbagai isu dari semasa ke semasa mengenai PSS, sekolah, guru dan pelajar mahupun bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Sacred Heart . Kami juga amat mengharapkan kerjasama dari pihak anda untuk memberi sebarang cadangan untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Kami juga berharap pengunjung dapat menandatangani buku tetamu atau paling tidak hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, memberi pendapat, cadangan, aduan malah berita anda.