NILAM


CIK NURAZIEDA
GURU PENYELARAS NILAM


SENARAI TUGAS
 JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
 2014


BIDANG TUGAS
GURU PENYELARAS NILAM


·                        Berperanan sebagai setiausaha dalam Jawatankuasa Program NILAM sekolah.
·                        Memahami dasar dan matlamat program NILAM.
·                        Memberi taklimat kepada pelajar mengenai kepentingan program NILAM.
·                        Mewujudkan Fail Program NILAM.
·                        Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau perjalanan program NILAM.
·                        Menyediakan jadual pelaksanaan NILAM dan memastikan guru-guru Bahasa membawa pelajar ke perpustakaan dalam waktu P&P.
·                        Memastikan semua pelajar memiliki buku rekod NILAM.
·                        Memastikan buku rekod membaca pelajar ditanda tangani.
·                        Memilih AJK pelajar untuk membantu semasa merekodkan data terkini.
·                        Mengedarkan buku rekod membaca jika perlu.
·                        Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat Program NILAM
·                        Menyediakan maklumat,  merekod dan menganalisis data bacaan pelajar pada bulan April dan September untuk dihantar ke PKG.
·                        Menyediakan laporan berkaitan NILAM kepada Guru Perpustakaan dan Media.
·                        Menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong program NILAM bersama- sama Ketua Panitia BM dan BI serta guru Perpustakaan.
·                        Menggerakkan program galakan membaca bagi Program NILAM.
·                        Menyelaras murid tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing.
·                        Menjalankan 2 kali mesyuarat program NILAM dan menyediakan minit mesyuarat.
·                        Menjadi urusetia Majlis Anugerah NILAM peringkat sekolah.
·                        Memastikan jenis sijil sama ada gangsa, perak, emas dan NILAM untuk dianugerahkan kepada  pelajar Tahun 6.