PROFIL PSS



PN. AZIATUL AZLINA BT MOHD NOR

KINI....PERPUSTAKAAN SK SACRED TELAH BERWAJAH BARU!!!!






























Pn Hjh Jamalia bt Abd Rahim

LATAR BELAKANG PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK SACRED HEART

Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Sacred Heart tidak mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri.
" Tahun 60-an "
Tiada maklumat diperolehi.

" Tahun 70-an "

Tiada maklumat diperolehi.

" Tahun 80-an "
Dalam tahun ini, konsep dan pengurusan PSS mula dilaksanakan, iaitu gabungan perkhidmatan perpustakaan tradisional (buku) dengan perkhidmatan APD di bawah satu sistem pengurusan.  Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan di sekolah-sekolah.  Perkhidmatan PSS dalam  P&P  telah ditingkatkan.  Koleksi bahan cetak dan elektronik telah bertambah.
" Tahun 90-an "
Penyelaras PSS sekolah dipegang oleh Encik Rajendran dan diambil alih oleh Encik Chong pada tahun 1996.  Pada tahun 1995, sebuah Bilik Tayang telah disediakan di tingkat bawah Blok A, sebaris bilik ABM.  Perkembangan ini telah membantu perkembangan pengurusan PSS yang lebih sistematik.
" Tahun 2000"
Penyelaras sekolah ini telah bertukar kepada Puan Hairon Bee Abdul Majid.  Buat pertama kali dalam tahun 2003, PSS sekolah ini telah berjaya menduduki tempat saguhati pertama dalam pertandingan PSS Gemilang Sekolah Rendah Negeri Melaka.  Pada tahun 2002, PSS sekolah ini telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam Pertandingan Pembaca Terbaik Program Nilam Negeri Melaka.  Pada tahun 2003, PSS sekolah.sekali lagi telah berjaya menghasilkan Pembaca Terbaik (Johan) Nilam Negeri Melaka.
Pada tahun 2006, jawatan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah telah bertukar kepada Guru Perpustakaan dan Media dan diambil alih oleh Pn. Hjh. Jamalia Abdul Rahim.  Pada akhir tahun, bilik perpustakaan, bilik tayang dan bilik media telah diubahsuai.  Rangkaian school net juga telah disambungkan ke bilik perpustakaan dan pejabat untuk kemudahan guru.  Pada tahun 2009, sekolah telah memasang jalur lebar tanpa talian.  Bilik komputer juga telah diwujudkan dengan bantuan PIBG bertujuan untuk memantapkan lagi P&P.  Oleh itu, murid-murid dapat menggunakan komputer dalam P&P matapelajaran teras. 
Bilik Tayang telah dipindahkan lokasinya ke blok D dan telah dilengkapkan dengan rangkaian ASTRO Kampus.  Selain itu, peralatan LCD juga telah dipasangsiap di bilik tayang untuk kegunaan guru.  Bilik Warisan juga telah diwujudkan untuk menyimpan gambar, bahan-bahan, peralatan, dan piala-piala yang telah digunakan atau diperolehi sejak sekolah ini dibuka hingga sekarang.  Pondok bacaan juga diubah supaya dapat menarik minat murid membaca pada waktu lapang dan di samping itu, murid dapat membaca buku dengan lebih selesa.

Gambar Suasana Di Pusat Sumber SK Sacred Heart



Pelan Lantai PSS SK Sacred Heart :



DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

          Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.

          Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu tempat yang strategik, mudah dikunjungi dan tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk mempertingkatkan taraf profesionalisme keguruan ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.  Keunggulan Pusat Sumber mencakupi aspek-aspek:-
Kemudahan fizikal yang sesuai

Mengumpul pelbagai bahan yang diperlukan

Menyusun maklumat dengan menggunakan sistem yang mudah dan berkesan.

Menyimpan maklumat secara sistematik, kemas, lengkap dan  
teratur

Mempunyai pengurusan yang teratur

Mempunyai kakitangan yang terlatih.

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

·           Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk
keperluan kurikulum dan ko-kurikulum

·           Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh   
     digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses  
     pembelajaran

·           Menyediakan alatan repografi dan rakamsalin serta  
     memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses  
     pembelajaran

·           Merupakan tempat bahan pengajaran – pembelajaran  
dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah

·           Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan  
     perkembangan  terkini dalam bidang pendidikan dan  
     teknologi

·          Menjadikan pusat sumber pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan

·          Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran

·          Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan kurikulum

·          Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri

·          Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti  membaca dan kemahiran maklumat
*****************************************************************************************
Maklumat lain yang boleh diperolehi :